BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tentang blog

ASSALAMUALAIKUM,

Di dalam blog ini,kamu boleh berkongsi cerita-cerita lawak yang tak pernah dengar sebelum ini bersama-sama.Jika ada masalah atau mahu memberikan cadangan atau lawak anda,sila hantar ke alamat e-mail yang tertera :

ASKINGGIVING@YAHOO.COM

Monday, December 20, 2010

Saksi

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"


daripada : Joshua

0 comments: